Wednesday, December 16, 2009

:: HARI TAKRIM 2009 ::



"SETIAP KEJAYAAN BERMULA DARI SEBUAH PENGORBANAN"
Jasa guru tak terbalas
walau dengan emas & permata

kau ibarat lilin yg menyinari
tanpamu pudarlah harapan..
kelamlah sebuah kehidupan..
..GURU..
Kau ibarat pendayung sampan..
setia menanti d tepi muara..
membawa penumpang silih berganti
selagi masih punya kudrat..
guru akan setia membawa penumpang
menyeberangi arus kehidupan..
meskipun semua penumpangnya
telah berjaya menggapai cita2 mereka..
NAMUN...
guru masih tetap berdiri di tepian muara
setia bersama pendayungnya....
untuk membawa mu..
WAHAI MURIDKU....
menuju ke seberang sana...
mendaki sebuah mercu kejayaan...

salam sayang untuk semua anak-anak muridku...

:: bErSaMa aNaK-aNaK mUrid KeLaB KoMpAng ::



.....terima kasih antum semua...
salam sayang dari muallimah...

Friday, September 11, 2009

:: SaaT-SaaT MeNgHaRuNgi UpSr 09 ::


Saat-saat yg di tunggu telah tiba dan sudah pn berlalu....

8,9,10 september 2009 merupakan hari peperiksaan anak2 muridku....
alhamdulillah...3 hari berjalan dengan lancar...
tanpa ada berlaku apa2 masalah
dengah jumlah 172 calon pd tahun ini...ramai kan ...
calon alamin 87 org ,85org dari sekolah2 tumpang...(5 buah)
kerisauan hati muallimah dah kurang....
cuma tunggu keputusan pula nanti....
berdebar2 kan......macam mane yer waktu tu????kite tunggu........

rasa2 tercapai x target sekolah yer untuk calon 5A.....????
ape2 pun..TAHNIAH...antum dah buat yang terbaik...
insyaallah...muallimah doakan antum berjaya dengan cemerlang...

-salam sayang dari muallimah untuk antum-



Wednesday, September 9, 2009

:: MoTiVaSi KeCeMeRLaNgaN ThN6 2009 ::



SEMOGA ANTUM BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN : UPSR : SPPM : PSRA ...



:: KENANGAN BERSAMA ANAK DIDIKKU 2006 ::


9 september 2009
Anak2 didikku ya di kasihi lagi disayangi....

saat diri ini melangkah menjadi seorang pendidik hati ini telah ternokhtah bahawa cita2ku memang seorang murabbi....minatnya pada cita2 ini tertumpah tatkala melihat kejayaan anak2 muridku dalam pelajaran.....kasih sayangku pada anak2 didikku tak dapat di tukar ganti....
walau pun kadang kala kenakalan kalian membuatku marah..namun kemarahan ini bertukar menjadi sayang dengan hadirnya pelbagai kerenah kalian....terima kasih kerana sudi menjadi anak murid mua'llimah....sedar x sedar dah 4 tahun mua'llimah bersama antum...dah darjah 6 yer...hari ni hari ke-2 antum menduduki peperiksaan UPSR...esok hari terakhir...macam x percaya ja masa berlalu begitu cepat..mua'llimah sentiasa doakan yang terbaik untuk antum...SEMOGA BERJAYA...

Sunday, August 9, 2009

::KaLaMku....::


Bismillahhirrahmanirrahim....

....sudah terlalu lama rasanya tidak mencoret-coret dalam laman yang indah ini..
terlalu sepi rasanya...
banyak perkara yang dilalui menyebabkan blog ini agak terabai olehku..
sudilah kiranya teman-teman memberi sedikit pandangan dan coretan
sbg penambah baikkan dalam laman ini....
( busyra_1101@yahoo.com)

semoga dgn kedatangan coretan & pandangan teman-teman
dapatlah saya perbaiki dan mengindahkan lagi blog saya ini...

syukran jazilan...


Saturday, August 8, 2009

::La TaHzaN...::


"KEKASIH pilihan ALLAH akan dihadiahi dugaan yang hebat...

sebagai tanda kasihnya....
jalannya dihiasi duri-duri LUKA....
Tidak dibiarkan lena dalam NIKMAT yang melimpah...
TETAPI....dihidangkan
KEPERITAN SUSAH PAYAH.....
yang tiada sudah......"

: La TaHzaN:

"Hidup ini terlalu SINGKAT untuk dibazirkan dengan
TANGISAN KEDUKAAN...."

"BERBAHAGIALAH dengan setiap saat yang berlalu...
Nikmati hidup...anggaplah ia hari TERAKHIR
untuk kita...".




: Doa MoHoN di BeRi KeMuDaHaN dlm BeKeRja & BeRFikiR :


اللهم لا سهلا الا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا

" YA ALLAH...tiada yang MUDAH

kecuali sesuatu yang ENGKAU jadikan MUDAH...
ENGKAU lah yang menjadikan yang susah itu ..MUDAH..
amin ya rabbala'lamin.."

" YA ALLAH...berkaTilah hidupku..
payungilah aku di bawah RahmatMU..amin..

: 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi :

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

: KeLeBiHaN BeRdiaM :

Dengan NaMa ALLAH YG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENGASIH


Manusia berbicara setiap masa.

Bicara yang baik
akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia.
Jika bicara tidak mengikut adabnya,
manusia akan merana di dunia dan di akhirat.
Di dunia akan dibenci oleh manusia lain...
manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain
akan
menyebabkan
kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.
Bagi mereka yang beriman,

lidah yang dikurniakan Allah itu...
tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.
Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara
yang berhikmah.
Oleh itu,
DIAM
adalah benteng bagi
lidah manusia
daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah

2. Perhiasan tanpa berhias

3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya,
nescaya banyaklah
silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya,
nescaya banyaklah dosanya.

Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya".
(Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,

BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

"MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN".

" KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI."

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam
kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,

Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikan
pesanku biarpun satu ayat...
"
Diam bukan bermakna sombong!!

Jadi kita
dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam
(berzikir di dalam hati)
dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah
..Insya'Allah

Wednesday, January 28, 2009

ALLAH YG SATU...


"JAUH MANA JARAK KITA...KITA TETAP MEMANDANG LANGIT YANG SATU..."

"ketika aku memohon KEKUATAN...
Allah memberikan aku KESULITAN...sehingga aku kuat..
"ketika aku mohon KEBIJAKSANAAN ..
Allah memberikan aku MASALAH ..untuk aku pecahkan..
"ketika aku mohon KESEJAHTERAAN...
Allah memberikan aku AKAL...untuk aku berfikir..
"ketika aku mohon KEBERANIAN...
Allah memberikan aku BAHAYA untuk aku atasi...
"ketika aku memerluka CINTA..
Allah memberikan aku ORG YG BERMASALAH..untuk aku tolong
"ketika aku mohon BANTUAN....
Allah memberikan aku kesempata...
"ketika aku TIDAK PERNAH MENERIMA apa yg aku minta,....
tapi aku menerima apa yang aku PERLUKAN....

Sesungguhnya....Allah itu MAHA ADIL...rasa GEMBIRA itu tetap akan dirasai oleh hambanya biar pun serendah-rendah darjat hambaNya...dan rasa TERLUKA itu tetap akan jua di rasai pada mereka yg pernah MELUKAKAN hati insan yang pernah DISAYANGINYA..


Monday, January 26, 2009

Ya Tuhanku....


Ya ALLAH ya Tuhanku...
Jadikanlah aku Hamba-Mu yang selalu berdoa kepada-Mu dengan setulusnya...
Ketika dalam keadaan tenteram...
sebagaimana tulusnya Doa orang-orang yang terpaksa
kerana berada dalam kesempitan....

aHLan wasaHLan


Alihkan matamu ke laut..airnya cantik membiru dan penuh ketenangan...
tetapi hanya Allah saja yg tahu rahsia di dalamnya..
Begitulah dengan kehidupan manusia ...riang ...ketawa...
tetapi hanya Allah saja yg tahu rahsia kehidupannya...
Jika kau rasa kecewa..pandanglah ke SUNGAI...airnya tetap mengakir...
biar pun berjuta batu yang menghalang...
Jika kau rasa SEDIH...pandanglah ke LANGIT...
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...