Showing posts with label mua'llimah rabiatul. Show all posts
Showing posts with label mua'llimah rabiatul. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

:: TANDA-TANDA LAILATULQADAR ::



Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

:: AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ::

Ahlan wasahlan ya ramadhan,....

Alhamdulillah....sama2 lah kita bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk meraikan ramadhan yg mulia....terima kasih Ya Allah....kerana diri ini masih bernyawa di bumi -Mu..

"Ya Allah...ampunilah aku...jadilah aku hamba-Mu yg tulus dan istiqomah dlm mengerjakan ibadah kepadaMu Ya Allah...terimalah segala amalanku....kurniakanlah kepadaku kesabaran dalam mengharungi dugaan yg dtg..sabarkan aku dlm melawan segala nafsu yang melalaikan aku...amin ya rabbal 'alamin..


Friday, September 11, 2009

:: SaaT-SaaT MeNgHaRuNgi UpSr 09 ::


Saat-saat yg di tunggu telah tiba dan sudah pn berlalu....

8,9,10 september 2009 merupakan hari peperiksaan anak2 muridku....
alhamdulillah...3 hari berjalan dengan lancar...
tanpa ada berlaku apa2 masalah
dengah jumlah 172 calon pd tahun ini...ramai kan ...
calon alamin 87 org ,85org dari sekolah2 tumpang...(5 buah)
kerisauan hati muallimah dah kurang....
cuma tunggu keputusan pula nanti....
berdebar2 kan......macam mane yer waktu tu????kite tunggu........

rasa2 tercapai x target sekolah yer untuk calon 5A.....????
ape2 pun..TAHNIAH...antum dah buat yang terbaik...
insyaallah...muallimah doakan antum berjaya dengan cemerlang...

-salam sayang dari muallimah untuk antum-



Wednesday, September 9, 2009

:: MoTiVaSi KeCeMeRLaNgaN ThN6 2009 ::



SEMOGA ANTUM BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN : UPSR : SPPM : PSRA ...