Wednesday, July 21, 2010

:: TANDA-TANDA LAILATULQADAR ::



Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

:: AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ::

Ahlan wasahlan ya ramadhan,....

Alhamdulillah....sama2 lah kita bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk meraikan ramadhan yg mulia....terima kasih Ya Allah....kerana diri ini masih bernyawa di bumi -Mu..

"Ya Allah...ampunilah aku...jadilah aku hamba-Mu yg tulus dan istiqomah dlm mengerjakan ibadah kepadaMu Ya Allah...terimalah segala amalanku....kurniakanlah kepadaku kesabaran dalam mengharungi dugaan yg dtg..sabarkan aku dlm melawan segala nafsu yang melalaikan aku...amin ya rabbal 'alamin..


Friday, February 26, 2010

:: SELAMAT KEMBALI ::

:: 2010 ::

Saat ana melakar di bingkisan ini,sudah terlalu lewat rasanya...skrg dah masuk bln februari 2010...sepatutnya januari lagi dah update..tapi byk perkara lain yg perlu di lakukan lebih utama menyebabkan coretan di bingkisan ini tergendala....skrg perlu di teruskan...
Pelbagai perkara yg berlaku pd tahun ini...melangkah ke sekolah dgn harapan dan azam yg baru kerana pelbagai tugas dan tanggungjawab yg perlu di pikul...
.
terlalu berat rasanya...

*Menghandle unit peperiksaan menjadi tugas buat kali yg ke-4 sejak dari thn 2007...penat hanya allah yg tahu...namun amanah dan kepercayaan yg diberi oleh pihak sekolah akan di laksanakan dgn lebih baik insyaallah....
*Mengajar & Menjadi Guru kelas kepada murid tahun 6 (6AB) rasa agak berat... perhatian yg perlu di lebihkan kepada kelas tetapi tugas yg lain perlu seiring terlaksana dan berjalan dgn teratur dan cantik....
insyaallah akan di lakukan dgn sehabis baik.....




Buat anak-anak kelas 6AB...

Muallimah akan cuba menjadi guru kelas yg terbaik buat antum.. di rumah ibu & ayah sbg pelindung antum..tetapi di sekolah,muallimah akan sentiasa menjadi kwn,penyokong,penasihat dan pelindung untuk antum insyaallah..
namun,hanya satu permintaan muallimah dari antum....
AKHLAK YG MULIA..HORMATI GURU

jika di tanya kepada
guru yg lain."murid yg mcm manakah yg guru syg?"
apa jwpn guru tersebut???...

MURID YG PANDAI?-MURID YG CANTIK?-MURID YG...
kata guru tersebut..:
buat apa murid yg pandai klu xdgr kata..buat apa murid cantik klu x dgr kata....
.

SAYA SYG MURID YG AKHLAK BAIK...

Muallimah pun sayang murid yg AKHLAK BAIK....
moga2 antum boleh jadi anak murid yg muallimah paling sayang..